Wanita ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan
mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan
manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana
akhlaq itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah
cantik tetapi akhlaq buruk, tiada guna juga berwajah
cantik tetapi hati kosong dari ilmu. Ibarat bunga, ada
yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya. Ada
pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang
menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada
pandangan mata kasar, tetapi bila dihalusi dengan mata
hati, ternyata amat tinggi nilainya.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di
tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah
menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di
pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah
kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah, sebagai anak, dia menjadi anak yang
solehah. Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang
berhemah. Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang
menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai
ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih
sayang, dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan
menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya
kepada-Nya.